robot restoran

Penggunaan robot restoran dan mall semakin mula mendapat sambutan di Malaysia lebih-lebih lagi dengan rekaannya yang lazimnya comel. Sudah pastinya ia menambat perhatian pengunjung-pengunjung premis. Artikel ini menerangkan tentang penggunaan robot pintar dan bingkisan teknologi utama yang terdapat pada robot versatil ini. Robot-robot ini dapat digunakan di restoran, pusat membeli-belah, pusat kesihatan, KTV, dan lain-lain. Mari kita lihat dua model robot yang menarik di bawah.

Keenon T5: Robot pelayan yang efisien lagi lancar.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah menonton viral tentang robot yang digunakan sebagai pelayan di kedai mamak ataupun mana-mana kedai makan di Malaysia. Kini, robot ini lebih mudah untuk diakses di Malaysia dan salah satu model yang mempunyai ciri-ciri yang berguna dan berkualiti adalah Keenon T5 (gambar di atas).

Faedah menggunakan robot-robot sebegini dalam kedai makan dan restoran adalah dari segi pengoptimisasian pembahagian tugas dalam kalangan staff, menjadikan operasi perniagaan lebih lancar terutamanya ketika waktu puncak di mana beban kerja dapat diagihkan kepada robot agar staff dapat menumpukan fokus kepada kerja kompleks yang tidak dapat dibantu oleh robot.

Selain daripada itu, robot sebegini amat berguna untuk menjadi sokongan ketika kekurangan pekerja dan mengisi kekosongan. Ia akan memberikan sokongan yang berterusan sepanjang hari sehingga baterinya habis atau apabila ia kembali semula ke dok pengecasannya tanpa bantuan dari manusia.

Kepantasan dan kualiti servis di dalam premis juga boleh meningkat kerana gerak kerja robot yang konsisten.

Di samping itu, robot ini juga mampu menampung sehingga banyak pesanan sekali jalan. Ini bermakna, staff dapur akan memuatkan semua makanan dari pelbagai pesanan ke atas dulang robot untuk sekali sahaja; kemudian robot itu akan terus pergi setiap meja makan yang telah ditetapkan staff dapur tanpa perlu kembali ke dapur untuk melakukan penetapan perjalanan semula. Setelah selesai menghantar makanan ke semua meja, robot ini boleh kembali ke dapur menunggu muatan makanan yang seterusnya.

Keenon G2: pemandu arah dan pengiklan yang amat shyomel

Keenon G2 merupakan robot pemandu arah yang dikeluarkan oleh Keenon Robotics yang popular di China dan sudah beroperasi di dalam dunia perobotan sekurang-kurangnya 10 tahun. Robot Keenon G2 ini sesuai digunakan di pusat membeli-belah, restoran, medan selera, dan kawasan seumpamanya.

Dilengkapi dengan skrin dwi-paparan (depan dan belakang). Skrin besar ini sangat sesuai digunakan untuk membuat tayangan bergerak iklan-iklan promosi pendek, memaparkan menu-menu yang disajikan di restoran lantas boleh membantu peniaga untuk melariskan jualan/menu mereka. Grafik dan video dapat dimuatkan di dalam storan tersedia melalui sambungan Wi-Fi.

Selain itu, sekiranya diletakkan di pusat membeli-belah, robot ini juga boleh membantu pengunjung yang keliru atau sesat untuk ke kedai yang dikehendakinya. Robot ini mempunyai skrin sentuh yang diletak mendatar pada “topi”nya. Skrin sentuh ini boleh digunakan untuk memaparkan senarai kedai (destinasi panduan robot) yang boleh dipilih oleh pengunjung dan setelah itu, robot akan mula bergerak ke destinasi pilihan.

Skrin sentuh dan paparan menegak untuk pemanduan dan pengiklanan.

Penderia Utama: LiDAR

Keenon juga turut menyediakan penderia LiDAR pada robot-robot mereka. Apakah pula LiDAR? LiDAR merupakan akronim bagi “light detection and ranging” (secara harfiahnya, pengesanan dan penjulatan cahaya). Bermaksud, penderia akan mengeluarkan pulsa gelombang cahaya. Gelombang cahaya ini pula akan terpantul pada permukaan objek sekeliling robot tersebut dan kembali kepada penderia yang berketepatan tinggi tersebut. Jumlah masa yang diperlukan untuk setiap pulsa kembali ke penderia (sensor) akan menentukan jarak objek dan rintangan di sekelilingnya. Secara ringkasnya, beginilah Penderia LiDAR digunakan bersama dengan teknologi SLAM. Selain daripada penderia LiDAR Robot ini juga dilengkapi dengan beberapa penderia lain yang membantu melancarkan lagi perjalan robot.

Teknologi SLAM

Robot swapandu ini boleh menentukan arah pemanduannya dengan menggunakan teknologi berautonomi SLAM. Apakah SLAM? SLAM merupakan akronim bagi Simultaneous Localization and Mapping (secara harfiahnya bermaksud penyetempatan dan pemetaan serentak). Dengan adanya SLAM, robot ini akan “membaca” dan faham akan persekitaran 3D-nya dan membina peta topologi sekeliling berdasarkan titik rujukan tertentu dan proses inilah yang digelar mapping; pada masa yang sama juga menentukan orientasi robot itu sendiri di dalam peta 3D yang dibinanya dan proses ini pula digelar sebagai localization. Semua data-data untuk algoritma ini dikumpul melalui bacaan penderia yang kita boleh lihat pada luar bahagian casis robot.

robot restoran keenon T6
Kedudukan sepasang set penderia (sensor) pada luar casis Keenon T6.

Berdasarkan data-data yang dikumpul secara berterusan daripada penderia-penderia ini, robot ini akan menentukan hala-tuju sambil mengelakkan rintangan ketika dalam perjalanan.

Antara fitur-fitur dan kelebihan yang dilengkapi pada Keenon G2.

Model-model lain

Selain daripada dua contoh di atas, kami mempunyai model-model robot yang lain lagi dan anda boleh tekan pautan ke laman ini untuk meneliti dengan lebih lanjut lagi tentang setiap satu model. Pekej sewaan dan bayaran ansuran juga turut ditawarkan sekiranya anda berminat untuk membeli dari kami.

Pautan Luar

  • Bacaan lanjut tentang teknologi SLAM (Bahasa Inggeris, pautan luar): What Is SLAM Technology?
  • Maklumat tentang penderia LiDAR (Bahasa Inggeris, pautan luar): What Is LiDAR?
  • Teliti contoh-contoh hasil pemetaan dan penstrukturan persekitaran yang dilakukan oleh penderia LiDAR di dalam industri lain pada website mathworks di sini.

Recommended Posts