Salah satu soalan yang kerap kami terima tentang robot restoran adalah cara robot restoran ini menentukan pergerakannya dan kedudukan meja di dalam restoran. Secara ringkasnya, setiap model robot yang kami tawarkan mempunyai salah satu daripada dua cara; yang pertama ialah jenis “laser”, dan satu lagi ialah jenis “label”.

Jenis Laser

Untuk jenis laser, robot tersebut akan menyimpan peta lantai restoran tersebut sekali dengan kedudukan meja dan objek kekal di atas jalan tersebut. Melalui pemetaan tersebut, kedudukan meja akan ditanda sebagai destinasinya.

Gambaran kasar bagaimana pemetaan kawasan dilakukan oleh robot. (Imej milik Ilya Afanasyev, sumber: Researchgate)

Jenis Label

Dari segi rupa luaran bagi sesebuah robot, tiada perbezaan antara jenis label mahupun jenis laser melainkan satu sahaja iaitu kewujudan satu sensor di kepala robot tersebut. Permukaan sensor ini menghadap siling. Bagi jenis label, pemasangan label di siling diperlukan. Label-label inilah yang akan dikesan oleh sensor tersebut. Label-label ini (yang berupa pelekat separa lut-sinar) akan disusun mengikut urutan tertentu di siling. Pergerakan robot akan ditentukan berdasarkan turutan label-label di siling restoran.

Jenis Laser vs. Jenis Label, Mana Satukah Pilihan Terbaik?

Menurut kebiasaan dan kesesuaian sesebuah restoran, jenis label ialah jenis yang mudah dan ringkas sesuai untuk restoran yang mempunyai siling yang mendatar. Sekiranya siling sesebuah premis mempunyai lekukan, hiasan-hiasan ataupun ketinggian berbeza-beza maka jenis laser mesti digunakan.

delivery robot label installation
Contoh pemasangan label pada siling

Minat?

Robot-robot yang kami tawarkan merupakan antara robot-robot yang cantik-cantik dan function yang paling mampu-milik dengan harga tersengit di pasaran.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan berminat membeli robot untuk meningkatkan hasil perniagaan anda, boleh isi borang ini dan kami akan hubungi anda. Anda juga boleh PM kami di Facebook melalui pautan ini. Jangan lupa like dan follow page kami!

Recommended Posts