WCWL Communications Sdn Bhd melakukan servis gentian optik di Malaysia. Kami mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam perangkaan dan pemasangan gentian optik untuk perumahan, perindustrian, korporat dan lain-lain.

Semenjak tahun 2011, kami terbabit dalam pelbagai projek gentian optik dan telekomunikasi yang merangkumi rekaan kejuruteraan, pemasangan, ujian dan pentauliahan High Speed Broadband Network (rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi), Next Generation Broadband (NGBB), Packet Transport Network (PTN), Optical Transport Network (OTN), perancangan rangkaian frekuensi radio (RF), RF Drive Test, RF Network Optimization and outside plan (OSP), pemasangan kabel gentian fiber dan sistem Fiber to the Home (FTTH).

Kami merupakan syarikat yang berdaya untuk melibatkan diri dalam projek apa jua saiz tanpa mengira cabaran. Penglibatan kami di dalam lebih 100 projek kejuruteraan komunikasi merupakan petunjuk kepada kemampuan WCWL dalam dunia rangkaian gentian fiber di Malaysia.

Servis Gentian Optik

fiber optic services malaysia

Kepakaran kami merangkumi FTTH, pemasangan kabel fiber, sistem penstrukturan kabel Cat6 dan Cat5. Skop servis kami adalah seperti berikut:

 

  1. Rekaan sistem pengkabelan gentian optik.
  2. Pemasangan komponen-komponen dan aksesori gentian optik seperti kabel, saluran, plat dinding, panel penampalan, pengurusan kabel, sistem pembumiam, rak peralatan, dan lain-lain.
  3. Pensijilan
  4. Ujian terhadap pemasangan gentian optik.
  5. Pentauliahan (Commissioning).

Integrasi Rangkaian

Kami turut mereka, menaik-taraf dan meluaskan rangkaian ethernet dan komunikasi di samping melakukan penyatuan dan mengoptimumkan sumber IT.

Pengurusan Projek

  1. Kami menyediakan peruntukan projek dan pelan kos.
  2. Kami melakukan pengurusan dan pentadbiran kontrak.
  3. Mempraktikan jaminan dan kawalan kualiti.
  4. Pengurusan perolehan.
  5. Pengurusan risiko.
fiber optic services malaysia

Servis Kejuruteraan Dan Penyelesaian

WCWL Communications juga boleh membuat pelan, merangka, dan mengoptimumkan liputan rangkaian frekuensi radio (RF Network).

Integrasi rakaian teras (Core Network)

BTS, PDH

Fixed line Switches and Exchange.

Khidmat Runding Telekomunikasi

  1. Kami boleh membantu dalam rundingan dari segi rekaan pelan rangkaian.
  2. Rundingan dan pendaftaran khidmat gentian optik untuk pengguna di rumah.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan khidmat kami, anda boleh menghubungi kami melalui laman kami di sini. Anda juga boleh menghubungi kami melalui pautan Facebook ini.